Sukan
Isnin, 1 Jun 2015 | 4:10pm
Nazmi mungkin dihantar pulang - Kim Swee
PEMAIN tengah skuad bawah 23 tahun negara, Nazmi Faiz
Mansor (no 7) dilayangkan kad merah selepas mengasari pemain Timor Leste ketika
perlawanan pembukaan Kumpulan B menentang Timor-Leste. - Foto Hairul Anuar Abd
Rahim
SINGAPURA: Pemain tengah skuad bawah 23 tahun negara,
Mohd Nazmi Faiz Mansor berdepan kemungkinan disingkirkan daripada skuad Sukan
SEA 2015.
Nazmi, 20, diarah keluar padang oleh pengadil selepas
menerima kad merah kerana dikatakan meludah pemain lawan ketika perlawanan
pembukaan Kumpulan B menentang Timor-Leste.
"Adalah sesuatu yang memalukan untuk melakukan
kesalahan seperti itu dan saya sudah memberitahunya saya belum selesai
dengannya lagi," kata Ketua Jurulatih, Datuk Ong Kim Swee yang dipetik
akhbar hari ini.
"Kami perlu menunggu jawatankuasa disiplin untuk
memutuskan hukuman yang dikenakan kepadanya dalam tempoh satu atau dua hari
lagi sebelum saya memutuskan hukuman selanjutnya.
"Saya sudah memberitahunya yang saya boleh
menghantarnya pulang atau mendendanya... Saya memberitahunya untuk
bersedia."
Kesalahan menyaksikan Nazmi terlepas dua perlawanan
Malaysia selepas ini menentang Vietnam, esok dan Thailand (Khamis).
Nazmi diarah keluar padang ketika permainan memasuki
minit ke-32 dalam perlawanan Kumpulan B di Stadium Bishan.
Malaysia begitupun menang perlawanan terbabit dengan
keputusan 1-0.
Nazmi, 20 yang menjadi tonggak tengah skuad kebangsaan
berkata dia tidak berniat untuk meludah pemain Timor-Leste, Filipe Oliveira.
"Jika saya mahu meludah pemain itu, saya boleh
melakukannya di bahagian muka. Ia sesuatu yang saya tidak lakukan kerana ia
bukan niat saya.
"Insiden ini akan menjadi pengajaran kepada saya dan
saya berharap untuk menjadi pemain yang lebih baik selepas ini. Saya juga
berhutang kepada rakan sepasukan lain dan memohon maaf kerana mereka terpaksa
menamatkan perlawanan dengan 10 pemain. - Reuters
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Isnin, 1 Jun 2015 | 4:10pm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan