26 APRIL 2017
Nazmi Faiz Nazmi Faiz
PEMAIN Johor Darul Ta'zim
(JDT), Muhammad Nazmi Faiz Mansor digantung satu perlawanan dan didenda RM3,000
berikutan kekasaran dan terjahan
terhadap pemain Pahang sewaktu aksi suku akhir kedua Piala FA musim ini.
Pengerusi Jawatankuasa
Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Baljit Singh Sidhu dalam
kenyataan hari ini berkata hukuman itu dijatuhkan selepas pihaknya melakukan
penilaian dan meneliti rakaman video perlawanan antara JDT dan Pahang yang
berlangsung Ahad lepas.
"Penggantungan itu akan
dilaksanakan pada 6 Mei untuk aksi Liga Super antara JDT dan Melaka United di
Stadium Hang Jebat," katanya.
Pada perlawanan suku akhir
kedua Piala FA itu, Pahang layak ke pusingan separuh akhir selepas mencatat
kemenangan dengan agregat 4-3 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin. –
Bernama SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 26.4.2017.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan