RABU, 26 APRIL 2017 @ 5:42 PM
Oleh Syafiq Aznan syafiq.aznan@bh.com.my
PEMAIN tengah Johor Darul
Ta'zim (JDT), Nazmi Faiz Mansor. - Foto ihsan Johor Southern Tigers KUALA
LUMPUR: Terjahan keras yang dilakukan pemain tengah Johor Darul Ta'zim (JDT),
Nazmi Faiz Mansor pada aksi suku akhir kedua Piala FA bertemu Pahang mengundang
padah apabila dia digantung satu perlawanan dan didenda RM3,000 oleh Persatuan
Bola Sepak Malaysia (FAM).
Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM,
Datuk Baljit Singh Sidhu, berkata hukuman itu dikenakan ke atas 'budak nakal'
itu selepas mereka melakukan penilaian dan meneliti rakaman video insiden
terbabit secara terperinci.
"Kami mendapati dia turut
melakukan kekasaran dan terjahan pada pemain lawan sewaktu perlawanan suku
akhir kedua Piala FA dan memutuskan untuk mengenakan penggantungan satu
perlawanan dan denda RM3,000.
"Menerusi penggantungan
ini, Nazmi tidak dibenarkan beraksi bagi perlawanan antara JDT bertemu Melaka
yang akan berlangsung pada 6 Mei ini," katanya menerusi satu kenyataan di
akaun rasmi FAM, hari ini. Menerusi satu kenyataan FAM yang dikeluarkan
semalam, bekas pemain tengah Selangor itu turut diberi amaran keras disebabkan
tingkah laku tidak profesional apabila enggan bersalaman dengan pemain Pahang
sebaik tamat perlawanan suku akhir kedua Piala FA membabitkan dua pasukan itu,
Ahad lalu
SUMBERSelanjutnya di :
http://www.bharian.com.my/node/276120
Tiada ulasan:
Catat Ulasan