Jumaat, 18 Oktober 2019

Nazmi Faiz teruja lawat pusat latihan JDT


Sukan
Isnin, 21 November 2016 | 9:44am
Nazmi Faiz teruja lawat pusat latihan JDT
 
GAMBAR fail, Nazmi Faiz Mansor sewaktu mewakili Selangor bertemu Sarawak pada perlawanan Liga Super 2016 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang. - Foto Osman Adnan
KUALA LUMPUR: Bintang baharu Johor Darul Ta'zim (JDT), Nazmi Faiz Mansor mengakui teruja apabila membuat keputusan untuk menyertai juara Liga Super dan Piala FA itu.

Pemain berusia 22 tahun itu juga tidak sabar untuk beraksi bersama skuad utama dan turut mengintai peluang untuk membarisi kesebelasan utama pasukan bimbingan Mario Gomez itu.

Dia yang bakal mendapat pendedahan bersama kelab di Jepun melakukan kunjungan sulung ke pasukan itu apabila dibawa melihat segala kelengkapan dan kemudahan di pusat latihan rasmi JDT di Padang Seri Gelam, semalam.

Menerusi satu kenyataan di akaun Facebook rasmi pasukan itu, JOHOR Southern Tigers, usaha yang dilakukan pemilik pasukan itu, Tunku Ismail Sultan Ibrahim jelas menjadi tempat bagi setiap pemain profesional untuk mengembangkan karier bola sepak mereka bersama pasukan terbabit.

Selain padang latihan terbuka, pusat latihan itu turut memiliki pusat latihan tertutup yang menjadi pusat latihan tertutup pertama di Asia Tenggara dan menelan belanja sebanyak RM8 juta.

Pusat latihan tertutup itu mengikut spesifikasi daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menerusi saiz, pencahayaan dan kualiti rumput sintetik yang terbaik
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Isnin, 21 November 2016 | 9:44am

Tiada ulasan:

Catat Ulasan