Sukan
Rabu, 16 November 2016 | 8:59pm
JDT pinjamkan Nazmi ke kelab Jepun - TMJ
Oleh Rizar Mohd Noor
rizar@bh.com.my
PEMILIK Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Johor,
Tunku Ismail Sultan Ibrahim. - Foto Mohd Azren Jamaludin
JOHOR BAHRU: Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku
Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mengesahkan Nazmi Faiz Mansor akan
dipinjamkan ke kelab di Jepun untuk mendapat lebih pendedahan.
"Buat masa ini, belum tahu kelab mana lagi tetapi
kita tengah tengok dan akan pinjamkan Nazmi Faiz ke satu kelab di Jepun.
"Kalau dia beraksi di sana, saya nak ucapkan selamat
maju jaya dan jika dia sudah mendapat pengalaman di Jepun, sudah pasti dia akan
beri manfaat kepada Johor DT.
"Mengenai Ahmad Hazwan Bakri, JDT akan menghantar
surat secara rasmi kepada Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) untuk mendapatkan
khidmat pemain itu," kata Tunku Ismail ketika sesi dialog bersama
penyokong bola sepak Johor, petang tadi.
Tunku Ismail juga menegaskan, JDT sedia melepaskan Juan
Martin atau Jorge Pereyra Diaz jika ada yang mahu membeli pada harga tinggi,
ketika JDT mengurangkan hampir 50 peratus bajet bagi musim 2017 berbanding
tahun ini.
Selain itu, katanya, Nazrin Nawi akan menyertai Melaka
United (MU) selepas mendapat tawaran yang tinggi dan ia juga adalah atas
permintaan pemain itu sendiri yang mahu dilepaskan.
"Mengenai kedudukan Amri Yahyah dalam skuad JDT,
saya serahkan kepada Mario Gomez, sama ada dia masih diperlukan dalam
perancangan jurulatih. Pemain JDT II, Afiq Fazail, pula akan diserapkan dalam
skuad JDT," katanya.
Mengulas mengenai pembabitan JDT dalam saingan kelayakan
Liga Juara-Juara Asia (ACL), Tunku Ismail menyifatkan kehadiran JDT dalam
saingan itu beri impak positif.
Katanya, setiap pemain JDT jelas boleh bersaing tetapi
secara realitinya, kelab seperti di China dan Jepun memiliki tahap kualiti
permainan yang lebih tinggi.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Rabu, 16 November 2016 |
8:59pm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan