Sukan
Rabu, 26 April 2017 | 5:42pm
Nazmi digantung 1 perlawanan, denda RM3,000
Oleh Syafiq Aznan
syafiq.aznan@bh.com.my
PEMAIN tengah Johor Darul Ta'zim (JDT), Nazmi Faiz
Mansor. - Foto ihsan Johor Southern Tigers
KUALA LUMPUR: Terjahan keras yang dilakukan pemain tengah
Johor Darul Ta'zim (JDT), Nazmi Faiz Mansor pada aksi suku akhir kedua Piala FA
bertemu Pahang mengundang padah apabila dia digantung satu perlawanan dan
didenda RM3,000 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Baljit Singh
Sidhu, berkata hukuman itu dikenakan ke atas 'budak nakal' itu selepas mereka
melakukan penilaian dan meneliti rakaman video insiden terbabit secara
terperinci.
"Kami mendapati dia turut melakukan kekasaran dan terjahan
pada pemain lawan sewaktu perlawanan suku akhir kedua Piala FA dan memutuskan
untuk mengenakan penggantungan satu perlawanan dan denda RM3,000.
"Menerusi penggantungan ini, Nazmi tidak dibenarkan
beraksi bagi perlawanan antara JDT bertemu Melaka yang akan berlangsung pada 6
Mei ini," katanya menerusi satu kenyataan di akaun rasmi FAM, hari ini.
Menerusi satu kenyataan FAM yang dikeluarkan semalam,
bekas pemain tengah Selangor itu turut diberi amaran keras disebabkan tingkah
laku tidak profesional apabila enggan bersalaman dengan pemain Pahang sebaik
tamat perlawanan suku akhir kedua Piala FA membabitkan dua pasukan itu, Ahad
lalu
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Rabu, 26 April 2017 | 5:42pm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan