Khamis, 31 Oktober 2019

TERKINI KUALA LUMPUR 0-2 JDT


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Kuala Lumpur  0-2 JDT
                               m-15 Gonzalo Cabrera
                               m-28 Diogo Luis     
PEMAIN JDT
24 IZHAM TARMIZI
07 AIDIL ZAGFUAN -K
33 MAURICIO DOS SANTOS.
06 SYAZWAN ANDIK
12 S.KUNALAN
16 SYAMEER KUTTY ABBA
04 AFIQ FAZAIL
11 GONZALO CABRERA
18 LENDRO VELAQUEZ
21 NAZMI FAIZ
08 DIOGO LUIS SANTO
PEMAIN GANTIAN

Khamis, 24 Oktober 2019

Timba ilmu Samurai Biru


MyMetroNode
 
Rizar Mohd Noor
rizar@hmetro.com.my
Johor Bahru: Nazmi Faiz Mansor berkemungkinan besar bakal dipinjamkan ke kelab Jepun bagi mendapat pendedahan yang bakal membantu perkembangan kariernya.

Pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (Johor DT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengesahkan pemain itu sudah menandatangani kontrak bersama Harimau Selatan dan pihaknya merancang untuk meminjamkan pemain berkenaan ke salah sebuah kelab di negara Matahari Terbit itu.

“Buat masa ini belum tahu kelab mana lagi tapi kita sedang tengok dan akan pinjamkan Nazmi Faiz dengan kelab Jepun. Saya harap dia dapat bermain di sana. Jika sudah mendapat pengalaman di Jepun, sudah pasti dia akan memberi manfaat kepada Johor DT.

“Mengenai Ahmad Hazwan Bakri, kami akan menghantar surat secara rasmi kepada FAS (Persatuan Bolasepak Selangor) untuk mendapatkan khidmat pemain itu,” kata Tunku Ismail.

Tunku Ismail juga menegaskan, seandainya ada pihak yang mahu membeli Juan Martin atau Jorge Pereyra Diaz dengan harga tinggi, Johor DT sedia menjual kedua-duanya kerana bajet musim 2017 bakal dikurangkan hampir 50 peratus berbanding tahun lalu.

Malah katanya, Nazrin Nawi akan menyertai Melaka United (MU) selepas mendapat tawaran tinggi selain atas permintaan pemain itu sendiri yang minta dilepaskan dengan Johor DT tidak menghadapi masalah berbuat demikian.

“Mengenai kedudukan Amri Yahyah dalam skuad Johor DT, saya serahkan kepada Mario Gomez sama ada dia masih diperlukan dalam perancangan jurulatih,” kata Tunku Ismail.

Mengulas mengenai pembabitan Johor DT dalam saingan kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim depan, Tunku Ismail menyifatkan kehadiran mereka dalam saingan itu memberi impak positif.

Katanya, dari aspek bakat dan fizikal setiap pemain Johor DT, jelas menunjukkan mereka boleh bersaing tetapi secara realitinya kelab seperti di China dan Jepun memiliki tahap kualiti permainan yang lebih tinggi.

“Berada pada saingan ACL adalah pengiktirafan tertinggi di Asia. Sebagai contoh tengok kelab dari Thailand, Buriram FC yang kalah teruk dalam saingan ACL tapi mereka tetap bangga.

“Malah, ketika kami tewas saingan Piala AFC ramai yang mengkritik dan soalan saya kepada mereka, sebutkan mana-mana pasukan di Malaysia yang pernah layak ke separuh akhir Piala AFC dua musim berturut-turut. Tiada, kecuali kami,” kata Tunku Ismail.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 November 2016 @ 8:46 AM

Selasa, 22 Oktober 2019

KEPUTUSAN PENUH KOREA 3-0 MALAYSIA


OLEH – AHMAD BIN YAAKOB
KOREA 1
m-26 Rim Changwoo
m-78 Kim Shyunwook
m-81 Kim Seungdae
PEMAIN MALAYSIA
22  IZHAM TARMIZI
04  BRENDAN GAN 
16  ZUBIR AZMI
24 AMER SAIDIN
00 AZRIF NASRUL HAQ
05 ASRI CHUCHU
27 FADHLI SHAS
06 AHMAD HAZWAN BAKRI
10 NORFARHAN MUHAMMAD
15 JUNIOR ESTAL
31 NAZMI FAIZ MANSOR
PEMAIN GANTIAN
21 NAZIRUL NAIM
17 FANDI OTHMAN
08 SAIFUL RIDHUAN SELAMAT


KEPUTUSAN PENUH MALAYSIA 1-2 VIETNAM


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Malaysia                1-2 Vietnam
m-34 Nazirul Naim  m-38 Vo Huy Toan
                                 m-44 Nquyen Cong Phuan

PEMAIN MALAYSIA
01 FARHAN ABU BAKAR
04 ARIFF FARHAN ISA
44 SHAHRUL SAAD
21 NAZIRUL NAIM
38 NAZMI FAIZ MANSOR
07 AMIRULHISHAM AWANG KECHIK
11 SYAZWAN ANDIK ISHAK
29 SYAFWAN SYAHLAN
36 FARHAN ROSLAN
17 FAIZAT GHAZALI
15 SYAWAL NORDIN
PEMAIN GANTIAN
03 ASMAWI YAKIN
10 RIDUAN ABDULLA
09 ADAM NOR AZLIN
PEMAIN VIETNAM
30 NGUYEN HOAIANH
02 NGUYEN HOO DONG
03 PHAM MANH HONG
08 NGUYEN TUAN ANH
10 NGUYEN CONG PHUONG
13 HUYNH TAN TAI
15 QUE NGOC HAI
18 THANG
19 NGUYEN VAN TOAN
25 VO  HOY TOAN
26 BUI TIEN DUNG
PEMAIN GANTIAN
41 PHAN DUC HOY
20 LE CAO HOIAN

Jumaat, 18 Oktober 2019

JDT pinjamkan Nazmi ke kelab Jepun - TMJ


Sukan
Rabu, 16 November 2016 | 8:59pm
JDT pinjamkan Nazmi ke kelab Jepun - TMJ
Oleh Rizar Mohd Noor
rizar@bh.com.my

PEMILIK Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. - Foto Mohd Azren Jamaludin
JOHOR BAHRU: Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mengesahkan Nazmi Faiz Mansor akan dipinjamkan ke kelab di Jepun untuk mendapat lebih pendedahan.

"Buat masa ini, belum tahu kelab mana lagi tetapi kita tengah tengok dan akan pinjamkan Nazmi Faiz ke satu kelab di Jepun.

"Kalau dia beraksi di sana, saya nak ucapkan selamat maju jaya dan jika dia sudah mendapat pengalaman di Jepun, sudah pasti dia akan beri manfaat kepada Johor DT.

"Mengenai Ahmad Hazwan Bakri, JDT akan menghantar surat secara rasmi kepada Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) untuk mendapatkan khidmat pemain itu," kata Tunku Ismail ketika sesi dialog bersama penyokong bola sepak Johor, petang tadi.

Tunku Ismail juga menegaskan, JDT sedia melepaskan Juan Martin atau Jorge Pereyra Diaz jika ada yang mahu membeli pada harga tinggi, ketika JDT mengurangkan hampir 50 peratus bajet bagi musim 2017 berbanding tahun ini.

Selain itu, katanya, Nazrin Nawi akan menyertai Melaka United (MU) selepas mendapat tawaran yang tinggi dan ia juga adalah atas permintaan pemain itu sendiri yang mahu dilepaskan.

"Mengenai kedudukan Amri Yahyah dalam skuad JDT, saya serahkan kepada Mario Gomez, sama ada dia masih diperlukan dalam perancangan jurulatih. Pemain JDT II, Afiq Fazail, pula akan diserapkan dalam skuad JDT," katanya.

Mengulas mengenai pembabitan JDT dalam saingan kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL), Tunku Ismail menyifatkan kehadiran JDT dalam saingan itu beri impak positif.

Katanya, setiap pemain JDT jelas boleh bersaing tetapi secara realitinya, kelab seperti di China dan Jepun memiliki tahap kualiti permainan yang lebih tinggi.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Rabu, 16 November 2016 | 8:59pm

23 pemain disenarai latihan pusat jumpa Arab Saudi

Sukan
Jumaat, 11 March 2016 | 9:57pm
23 pemain disenarai latihan pusat jumpa Arab Saudi
TIMBALAN Presiden Persatuan Jurulatih Bola sepak Malaysia, Datuk Ong Kim Swee. - Foto Hasriyasyah Sabudin
KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee menyenaraikan 23 pemain untuk menjalani latihan pusat pada 14 Mac ini bagi menghadapi Arab Saudi 10 hari selepas itu.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), dalam kenyataan hari ini, menyatakan latihan pusat enam hari untuk aksi terakhir Kumpulan A kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 itu, akan diadakan secara berperingkat kerana ada pemain tidak dapat menyertainya pada hari sama berikutan komitmen lain.

Ini termasuk pemain Selangor dan Johor Darul Ta'zim (JDT) yang terbabit dengan perlawanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Menurut kenyataan itu, tujuh pemain perlu melaporkan diri kepada Kim Swee pada 14 Mac ini iaitu Khairul Fahmi Che Mat, Wan Zack Haikal Wan Nor dan Brendan Gan (Kelantan), Joseph Kalang Tie, Yong Kuong Yong dan Norshahrul Idlan Talaha (Terengganu) dan Matthew Davies (Pahang).

Empat pemain Selangor, Muhammad Shahrom Abdul Kalam, Mohd Hafiz Kamal, Muhammad Nazmi Faiz Mansor dan Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham akan melaporkan diri pada 17 Mac.

Ini disusuli Baddrol Bakhtiar, Mohd Farhan Abu Bakar dan Muhammad Amirul Hisyam Awang Kechik (semuanya Kedah), selang dua hari kemudian.

Lapan pemain JDT serta pemain Perak, Shahrul Mohd Saad pula akan melaporkan diri kepada Kim Swee pada 20 Mac.

Pemain JDT terbabit ialah Izham Tarmizi Roslan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, Mohd Fadhli Shas, Muhammad Fazly Mazlan, S Chanturu, Safiq Rahim, Mohd Amri Yahyah dan S Kunanlan.

Pemain Kedah dan Perak terbabit dalam perlawanan suku akhir Piala FA.

FAM turut memaklumkan lima pemain perlu bersedia dipanggil sekiranya mana-mana 23 pemain berkenaan disahkan cedera oleh doktor pasukan.

Mereka ialah Farizal Marlias dan Mohd Nazrin Nawi (JDT), Ahmad Fakri Saarani (Kedah), K Gurusamy (Sarawak) dan Adam Nor Azlin (Selangor).

Skuad kebangsaan akan bertolak ke Jeddah pada 20 Mac ini bagi melengkapkan aksi terakhir Kumpulan A berdepan Arab Saudi di Stadium King Abdullah Sport City, Arab Saudi pada 24 Mac.

Sekembalinya ke tanah air pada 25 Mac ini, skuad kendalian Kim Swee itu akan berlepas ke Melaka untuk aksi persahabatan antarabangsa kelas 'A' menentang Macau di Stadium Hang Jebat pada 29 Mac.

Perlawanan berkenaan adalah aksi persahabatan sulung Malaysia pada tahun ini.

Senarai 23 Pelatih:

Khairul Fahmi Che Mat, Wan Zack Haikal Wan Nor dan Brendan Gan (Kelantan); Joseph Kalang Tie, Yong Kuong Yong dan Norshahrul Idlan Talaha (Terengganu); Matthew Davies (Pahang); Muhammad Shahrom Abdul Kalam, Mohd Hafiz Kamal, Muhammad Nazmi Faiz Mansor dan Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham (Selangor)

Baddrol Bakhtiar, Mohd Farhan Abu Bakar dan Muhammad Amirul Hisyam Awang Kechik (Kedah); Shahrul Mohd Saad (Perak); Izham Tarmizi Roslan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, Mohd Fadhli Shas, Muhammad Fazly Mazlan, S. Chanturu, Safiq Rahim, Mohd Amri Yahyah dan S. Kunanlan (JDT).
- BERNAMA
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE  Jumaat, 11 March 2016 | 9:57pm

Nazmi Faiz teruja lawat pusat latihan JDT


Sukan
Isnin, 21 November 2016 | 9:44am
Nazmi Faiz teruja lawat pusat latihan JDT
 
GAMBAR fail, Nazmi Faiz Mansor sewaktu mewakili Selangor bertemu Sarawak pada perlawanan Liga Super 2016 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang. - Foto Osman Adnan
KUALA LUMPUR: Bintang baharu Johor Darul Ta'zim (JDT), Nazmi Faiz Mansor mengakui teruja apabila membuat keputusan untuk menyertai juara Liga Super dan Piala FA itu.

Pemain berusia 22 tahun itu juga tidak sabar untuk beraksi bersama skuad utama dan turut mengintai peluang untuk membarisi kesebelasan utama pasukan bimbingan Mario Gomez itu.

Dia yang bakal mendapat pendedahan bersama kelab di Jepun melakukan kunjungan sulung ke pasukan itu apabila dibawa melihat segala kelengkapan dan kemudahan di pusat latihan rasmi JDT di Padang Seri Gelam, semalam.

Menerusi satu kenyataan di akaun Facebook rasmi pasukan itu, JOHOR Southern Tigers, usaha yang dilakukan pemilik pasukan itu, Tunku Ismail Sultan Ibrahim jelas menjadi tempat bagi setiap pemain profesional untuk mengembangkan karier bola sepak mereka bersama pasukan terbabit.

Selain padang latihan terbuka, pusat latihan itu turut memiliki pusat latihan tertutup yang menjadi pusat latihan tertutup pertama di Asia Tenggara dan menelan belanja sebanyak RM8 juta.

Pusat latihan tertutup itu mengikut spesifikasi daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menerusi saiz, pencahayaan dan kualiti rumput sintetik yang terbaik
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Isnin, 21 November 2016 | 9:44am

Nazmi digantung 1 perlawanan, denda RM3,000


Sukan
Rabu, 26 April 2017 | 5:42pm
Nazmi digantung 1 perlawanan, denda RM3,000
Oleh Syafiq Aznan
syafiq.aznan@bh.com.my
PEMAIN tengah Johor Darul Ta'zim (JDT), Nazmi Faiz Mansor. - Foto ihsan Johor Southern Tigers
KUALA LUMPUR: Terjahan keras yang dilakukan pemain tengah Johor Darul Ta'zim (JDT), Nazmi Faiz Mansor pada aksi suku akhir kedua Piala FA bertemu Pahang mengundang padah apabila dia digantung satu perlawanan dan didenda RM3,000 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Baljit Singh Sidhu, berkata hukuman itu dikenakan ke atas 'budak nakal' itu selepas mereka melakukan penilaian dan meneliti rakaman video insiden terbabit secara terperinci.

"Kami mendapati dia turut melakukan kekasaran dan terjahan pada pemain lawan sewaktu perlawanan suku akhir kedua Piala FA dan memutuskan untuk mengenakan penggantungan satu perlawanan dan denda RM3,000.

"Menerusi penggantungan ini, Nazmi tidak dibenarkan beraksi bagi perlawanan antara JDT bertemu Melaka yang akan berlangsung pada 6 Mei ini," katanya menerusi satu kenyataan di akaun rasmi FAM, hari ini.

Menerusi satu kenyataan FAM yang dikeluarkan semalam, bekas pemain tengah Selangor itu turut diberi amaran keras disebabkan tingkah laku tidak profesional apabila enggan bersalaman dengan pemain Pahang sebaik tamat perlawanan suku akhir kedua Piala FA membabitkan dua pasukan itu, Ahad lalu
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Rabu, 26 April 2017 | 5:42pm

Nazmi Faiz dihantar pulang hari ini - Norza


Sukan
Rabu, 3 Jun 2015 | 11:45am
 
PEMAIN tengah skuad Bawah 23 (B-23) negara, Muhammad Nazmi Faiz Mansor. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim
Nazmi Faiz dihantar pulang hari ini - Norza
SINGAPURA: Ketua Kontinjen Negara ke Sukan SEA 2015, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria mengesahkan pemain tengah skuad Bawah 23 (B-23) negara, Muhammad Nazmi Faiz Mansor akan dihantar pulang ke tanah air hari ini selepas digantung enam perlawanan akibat meludah pemain lawan.

Beliau berkata Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak sepatutnya menangguhkan hukuman ke atas pemain berkenaan yang dianggap telah mencemar nama baik negara pada kejohanan sukan antarabangsa seperti Sukan SEA memandangkan setiap atlet yang menggalas cabaran negara merupakan 'duta kecil' yang membawa nama baik Malaysia yang merupakan Pengerusi ASEAN 2015.

"Bagi saya, dari mula apa yang dibuat oleh (Muhammad) Nazmi Faiz dalam sukan perpaduan seperti Sukan SEA ini merupakan satu contoh yang tidak baik. Perbuatan sedemikian perlu diambil tindakan segera," katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Muhammad Nazmi yang juga pemain skuad Liga Super Selangor sah terlepas baki saingan acara bola sepak pada temasya Sukan SEA 2015 yang sedang berlangsung di Singapura. Pemain Selangor itu yang sebelum ini digantung dua perlawanan, terpaksa menempah 'tiket awal' pulang ke tanah air selepas Jawatankuasa Disiplin Konfederasi Bola Sepak Asia AFC pada Selasa memutuskan mengenakan penggantungan enam perlawanan akibat kesalahan meludah pemain Timor Leste pada aksi pembukaan Kumpulan B di Stadium Bishan, Singapura, Sabtu lepas.

Hukuman berkenaan disahkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi laman Facebook rasmi mereka, semalam.

Muhammad Nazmi Faiz dilaporkan meludah pemain Timor Leste, Filipe Oliveira sehingga pengadil, Chuan Hui Foo dari Singapura, melayangkan kad merah ke atas pemain kelahiran Lembah Keramat itu.

Insiden berkenaan berlaku ketika pertemuan antara Malaysia dan Timor Leste pada aksi pembukaan kumpulan B di Stadium Bishan, Singapura, Sabtu lepas yang menyaksikan skuad B-23 negara menang tipis 1-0 hasil jaringan D. Saarvindran.

Dalam pada itu, Mohamad Norza meminta pemain skuad B-23 negara untuk melupakan kekalahan besar 1-5 kepada Vietnam pada aksi kedua kumpulan B di venue yang sama, semalam dan menuntut mereka kembali bangkit mencatat kemenangan menentang juara bertahan, Thailand di Stadium Bishan, Khamis ini.

Malaysia berada di tangga keempat kumpulan B menerusi satu kemenangan dan satu kekalahan dan perlu meraih kemenangan dalam baki tiga perlawanan dalam menghidupkan kembali peluang ke peringkat separuh akhir Sukan SEA 2015.

Perlawanan berkenaan adalah menentang Thailand, Khamis ini; Brunei (8 Jun) dan Laos, tiga hari kemudian. - BERNAMA
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Rabu, 3 Jun 2015 | 11:45am

Nazmi Faiz digantung 6 perlawanan kerana meludah


Sukan
Khamis, 10 September 2015 | 9:43pm
Nazmi Faiz digantung 6 perlawanan kerana meludah
PEMAIN tengah Selangor, Muhammad Nazmi Faiz Mansor. - Foto Osman Adnan
KUALA LUMPUR: Pemain tengah Selangor, Muhammad Nazmi Faiz Mansor yang didapati bersalah meludah pemain Kelantan pada aksi Liga Super di Stadium Shah Alam, 19 Ogos lepas, dikenakan penggantungan enam perlawanan.

Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang bermesyuarat hari ini turut memberi amaran keras kepada pemain berusia 21 tahun itu yang akan berdepan hukuman lebih berat sekiranya mengulangi kesalahan sama.

FAM dalam artikel yang disiarkan pada laman webnya, memaklumkan Nazmi digantung tiga perlawanan terlebih dahulu manakala baki tiga perlawanan seterusnya bergantung kepada kelakuan yang ditunjukkan pemain berkenaan.

Keputusan yang dibuat berdasarkan Artikel 40 Kod Tatatertib FAM 2015 itu, menyaksikan Nazmi bakal terlepas dua aksi pusingan awal Kumpulan C Piala Malaysia menentang Kelantan dan T-Team, masing-masing pada 12 dan 19 September ini.

Pemain itu sudah menjalani penggantungan automatik pada aksi Liga Super antara Selangor dan Perak pada 22 Ogos lepas di Stadium Perak.

Nazmi, bagaimanapun, boleh mengemukakan rayuan untuk meringankan hukuman itu.

Pemain itu bertindak meludah penyerang Kelantan, Erwin Carillo sebelum dilayangkan kad merah oleh pengadil, Suhaizi Shukri ketika Selangor mengalahkan Kelantan 3-0 di laman sendiri pada aksi Liga Super, 19 Ogos lepas.

Pada Jun lepas, Nazmi turut digantung enam perlawanan selepas meludah pemain Timor Leste, Filipe Oliveira dalam perlawanan pertama kedua-dua pasukan di Sukan SEA Singapura.

- BERNAMA
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Khamis, 10 September 2015 | 9:43

Sukan SEA: Nazmi digantung 6 perlawanan


Sukan
Selasa, 2 Jun 2015 | 6:50pm
Sukan SEA: Nazmi digantung 6 perlawanan
Oleh Mohd Fitrie Muhammad
bhonline@bh.com.my
 
Muhammad Nazmi Faiz Mansor
KUALA LUMPUR: Tindakan kurang bijak pemain tengah skuad bawah 23 tahun (B-23) negara, Muhammad Nazmi Faiz Mansor yang meludah pemain Timor-Leste pada perlawanan pertama Sukan SEA 2015 membawa padah apabila Jawatankuasa Disiplin AFC menjatuhkan hukuman gantung enam perlawanan terhadapnya, hari ini.

Hukuman berat itu dibuat Jawatankuasa Disiplin Konfederasi Sepak Bola Asia (AFC) sekalipun Malaysia dilaporkan sudah pun membuat rayuan bagi menilai insiden terbabit yang berlaku ketika aksi sulung saingan Kumpulan B Sukan SEA itu, Sabtu lepas.

Ketua jurulatih skuad B-23 negara, Datuk Ong Kim Swee sebelum ini berkata bersedia menghantar pulang Nazmi seandainya hukuman yang dikenakan AFC lebih berat berbanding hukuman minimum penggantungan dua perlawanan atas kad merah diberikan oleh pengadil.

Malaysia memenangi perlawanan menentang Timor-Leste itu dengan keputusan 1-0 namun insiden membabitkan Nazmi pada minit ke-32 yang meludah pemain lawan, Filipe Olieira, jelas menjejaskan rentak skuad negara yang terpaksa beraksi dengan 10 pemain hampir sejam perlawanan.

Nazmi bukannya baharu di pentas temasya serantau itu dan sudah beraksi buat kali ketiga berturut-turut selepas membuat penampilan pertama di Indonesia pada 2011 dan Myanmar 2013 selain Singapura.

"RASMI: J/kuasa Tatatertib AFC memutuskan Nazmi Faiz Mansor digantung 6 perlawanan kerana meludah pemain Timor Leste Sabtu lalu," kata FAM menerusi laman sosial rasmi badan induk itu.

Pengurus pasukan skuad Harimau Muda, Datuk Seri Afandi Hamzah, ketika dihubungi di Singapura, berkata segala kenyataan susulan akan dibuat pihaknya selepas perlawanan Malaysia menentang Vietnam, malam ini.

"Kita fokus kepada perlawanan (menentang Vietnam) terlebih dulu dan selepas itu baru hubungi saya," kata Fandi menerusi mesej ringkas.

Ketua Kontinjen Negara (CDM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria sebelum ini pendirian tegas untuk menghantar pulang pemain tengah Selangor itu.

Norza berkata, Nazmi sepatutnya terus dihantar pulang pada hari kejadian kerana tindakan pemain itu amat memalukan negara dan tidak mempunyai semangat kesukanan.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Selasa, 2 Jun 2015 | 6:50pm

Nazmi mungkin dihantar pulang - Kim Swee


Sukan
Isnin, 1 Jun 2015 | 4:10pm
Nazmi mungkin dihantar pulang - Kim Swee
PEMAIN tengah skuad bawah 23 tahun negara, Nazmi Faiz Mansor (no 7) dilayangkan kad merah selepas mengasari pemain Timor Leste ketika perlawanan pembukaan Kumpulan B menentang Timor-Leste. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim
SINGAPURA: Pemain tengah skuad bawah 23 tahun negara, Mohd Nazmi Faiz Mansor berdepan kemungkinan disingkirkan daripada skuad Sukan SEA 2015.
 
Nazmi, 20, diarah keluar padang oleh pengadil selepas menerima kad merah kerana dikatakan meludah pemain lawan ketika perlawanan pembukaan Kumpulan B menentang Timor-Leste.

"Adalah sesuatu yang memalukan untuk melakukan kesalahan seperti itu dan saya sudah memberitahunya saya belum selesai dengannya lagi," kata Ketua Jurulatih, Datuk Ong Kim Swee yang dipetik akhbar hari ini.

"Kami perlu menunggu jawatankuasa disiplin untuk memutuskan hukuman yang dikenakan kepadanya dalam tempoh satu atau dua hari lagi sebelum saya memutuskan hukuman selanjutnya.

"Saya sudah memberitahunya yang saya boleh menghantarnya pulang atau mendendanya... Saya memberitahunya untuk bersedia."

Kesalahan menyaksikan Nazmi terlepas dua perlawanan Malaysia selepas ini menentang Vietnam, esok dan Thailand (Khamis).

Nazmi diarah keluar padang ketika permainan memasuki minit ke-32 dalam perlawanan Kumpulan B di Stadium Bishan.

Malaysia begitupun menang perlawanan terbabit dengan keputusan 1-0.

Nazmi, 20 yang menjadi tonggak tengah skuad kebangsaan berkata dia tidak berniat untuk meludah pemain Timor-Leste, Filipe Oliveira.

"Jika saya mahu meludah pemain itu, saya boleh melakukannya di bahagian muka. Ia sesuatu yang saya tidak lakukan kerana ia bukan niat saya.

"Insiden ini akan menjadi pengajaran kepada saya dan saya berharap untuk menjadi pemain yang lebih baik selepas ini. Saya juga berhutang kepada rakan sepasukan lain dan memohon maaf kerana mereka terpaksa menamatkan perlawanan dengan 10 pemain. - Reuters
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Isnin, 1 Jun 2015 | 4:10pm