Isnin, 22 Februari 2016 | 12:46pm
Oleh Mohamad Zulfaizan Mansor
zulfaizan@bh.com.my
PATRICK Ronaldinho dan Nazmi Faiz
Mansor.
KUALA LUMPUR: Jurulatih Selangor,
Zainal Abidin Hassan, menarik nafas lega selepas beberapa tonggak utama The Red
Giants kembali pulih daripada kecederaan menjelang perlawanan pertama Piala AFC
berdepan Ceres FC di Stadium Panaad, Filipina, esok.
Tonggak termasuk Patrick
Ronaldinho dan Nazmi Faiz Mansor yang sebelum ini dilaporkan mengalami
kecederaan sah bersama pasukan ke Filipina, semalam.
Bagaimanapun, Zainal tetap
kehilangan khidmat wira mereka pada final Piala Malaysia musim lalu, Ahmad
Hazwan Bakri, yang masih dibelenggu kecederaan bersama Fittri Shazwan Raduwan.
"Kecederaan Patrick tidak
begitu serius. Memang masalah kecederaan membimbangkan saya memandangkan empat
atau lima pemain berada dalam senarai kecederaan. Kalau boleh, saya tidak mahu
jumlah itu bertambah.
"Dua atau tiga pemain yang
sebelum ini dalam senarai kecederaan sudah beransur pulih dan kita ada masa
lagi sebelum bertemu Ceres. Saya juga harap pemain lain dalam keadaan baik
kerana ini perlawanan peringkat antarabangsa.
"Hanya Ahmad Hazwan dan
Fittri Shazwan sah tidak ke Filipina kerana belum pulih sepenuhnya," kata
Zainal yang baru sahaja membawa Selangor mara ke pusingan ketiga Piala FA
selepas menewaskan Air Asia All Star FC 2-0, Jumaat lalu.
Selangor layak ke Piala AFC 2016
selepas dinobatkan sebagai naib juara Liga Super musim lalu apabila Pahang
dipotong enam mata oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berikutan
isu pampasan dan gaji bekas pemain import dari Maghribi, Mohamed Borji.
Selangor diundi dalam Kumpulan E
bersama Ceres, Tampines Rovers (Singapura) dan Sheikh Jamal Dhanmondi
(Bangladesh).
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Isnin,
22 Februari 2016 | 12:46pm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan