hi_04 : Mohd. Nazmi Faiz
Mohd. Nazmi Faiz
Oleh TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN
pengaranghiburan@utusan.com.my
30 Januari 2013 3:29 AM
AWAL pagi Isnin yang cerah, dunia
seni dan dunia sukan tempatan dikejutkan dengan berita panas. Kisah ini ciptaan
bintang bolasepak remaja kebangsaan, Mohd. Nazmi Faiz Mansor.
Walaupun Nazmi berada dalam dunia
sukan, tetapi kes ini menjadi bertambah hangat apabila ia turut membabitkan
nama-nama 'panas' yang lain.
Nazmi mendakwa, suami kepada
pelakon Rita Rudaini iaitu Aidil Zafuan Abdul Radzak telah merampas dan
menjalinkan hubungan sulit dengan bekas teman wanitanya yang dikenali sebagai
Tengku Fiella.
Mohd. Nazmi Faiz, 19, yang kini
bermain untuk kelab SC Beira-Mar mendakwa, Aidil yang kini mewakili Johor Darul
Takzim telah memberikan sejumlah wang kepada Tengku Fiella untuk membolehkan
bekas kekasihnya itu berbelanja di Johor.
Meskipun Mohd. Nazmi kemudian
memadamkan dakwaan itu daripada twitternya tidak lama kemudian, ternyata
kenyataan itu membawa kesan yang sangat hebat kepada Aidil sendiri.
Menurut Aidil, dia menjadi mangsa
'permainan' dan rasa kecewa wanita bernama Tengku Fiella itu. Hits dapat
mendengar luahan hati Aidil pada petang Isnin lalu. Dalam pada itu, Rita
Rudaini pula mengaku semakin 'geli' dengan pelbagai kisah cinta yang dikaitkan
dengan suaminya akhir-akhir ini.
sumberArtikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/hiburan/selebriti/benarkah-aidil-perampas-1.307050#ixzz5kpqZ2xM0
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan