Mohd. Nazmi Faiz MansOr (kanan)
telah pulih daripada kecederaan dan mungkin berada dalam kesebelasan utama
Selangor yang akan menentang Ceres FC dalam kempen Piala AFC di Bacolod,
Filipina malam ini.
23 Februari 2016 12:19 AM
KUALA LUMPUR – Selangor dijangka
dapat menggunakan khidmat pemain tengah sensasi Mohd. Faiz Mansor, R.
Gopinathan dan Mauro Olivi selepas mereka disahkan telah pulih daripada
kecederaan dan diberi lampu hijau untuk beraksi menentang Ceres FC dalam kempen
Piala AFC hari ini.
Ini adalah penampilan kelima
Selangor untuk pertandingan kedua dalam hierarki acara bola sepak kelab Asia
itu tetapi yang ketiga untuk jurulatih mereka Zainal Abidin Hassan, termasuk
dua kali bersama Pahang pada 2005 dan 2015, dan dia mahu memastikan perlawanan pertama
mereka dalam Kumpulan E dimulakan dengan langkah kanan.
Katanya, dia telah mendapat
gambaran siapa akan diturunkan dalam kesebelasan utama untuk memikul misi
membawa pulang tiga mata penuh daripada aksi malam ini di Bacolod, Filipina.
Zainal bagaimanapun kehilangan
dua pemain utama untuk perlawanan itu iaitu penyerang Ahmad Hazwan Bakri dan
pertahanan dari Australia, Robert Cornthwaite yang menjadi mangsa kecederaan
namun khabar gembira mengenai Faiz, Gopinathan dan Olivi jelas melegakan bekas
jurulatih Pahang itu.
“Malam ini (semalam) kita mulakan
latihan di stadium utama. Robert dan Hazwan masih belum sembuh dan tidak
bersama pasukan namun Nazmi, Gopi dan Olivi telah kembali bersama pasukan
selepas diperiksa tahap kecederaan dan kecergasan. Mereka dijangka dapat
diturunkan.
“Misi kita di sini adalah membawa
pulang tiga mata atau sekurang-kurangnya satu mata dan saya berharap pemain
dapat mengekalkan disiplin dan komitmen yang tinggi dalam perlawanan. Selepas
latihan malam ini (semalam) saya akan dapat gambaran siapa kesebelasan utama
akan main esok (malam ini),” katanya dalam mesej menerusi aplikasi Whatsapp
semalam.
Antara percapaian terbaik The Red
Giants dalam kempen Piala AFC adalah mara ke suku akhir 10 tahun lalu ketika
dibimbing oleh Dollah Salleh di mana mereka tewas 0-1 kepada kelab dari Lebanon
Nejmeh SC.
Bekas pemain kebangsaan itu juga
berharap barisan pertahanan mampu menjalankan tanggujawab dengan baik terutama
pertahanan tengah yang diketuai Shahrom Abdul Kalam dan Razman Roslan.
Zainal juga mengingatkan anak
didiknya supaya berhati-hati dengan pasukan lawan yang dibarisi ramai pemain
naturalisasi dan asing yang bagus.
“Razman dan Shahrom telah
menjalankan tugas dengan baik setakat ini dan saya juga harap semua pemain
dapat melaksanakan tanggujawab masing-masing dengan baik dan sasaran tiga mata
pertama mampu dimiliki untuk meneruskan kempen Piala AFC
“Cuma kita juga perlu
berhati-hati sebab pasukan lawan juga merupakan pasukan yang baik dengan
memilki ramai pemain naturalisasi dan import yang bagus. Apa pun saya berharap
pemain dapat menyesuaikan diri dengan cepat untuk perlawanan malam esok (malam
ini),” ujarnya.
2006: Suku Akhir (kalah kepada
Nejmeh SC, agregat 0–1)
2010: Peringkat Kumpulan
(Kumpulan F)
2013: Pusingan 16 (kalah kepada
New Radiant, agregat 0–2)
2014: Peringkat Kumpulan
(Kumpulan F)
Pencapaian Selangor dalam Piala
AFC
SUMBERArtikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/nazmi-gopi-olivi-sedia-beraksi-1.193310#ixzz5jxc2PrcV
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan