MyMetroArena
Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my
AKSI sulung juara enam kali
berturut-turut Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam siri jelajah pra
musim di Emiriah Arab Bersatu (UAE) berakhir dengan kekalahan kepada juara Liga
Latvia, FC Riga.
Skuad Harimau Selatan tewas 0-2
pada perlawanan yang berlangsung di Stadium The Seven semalam, sekali gus
memberi gambaran tentang kelemahan yang perlu diatasi oleh pengendali pasukan,
Benjamin Mora selepas ini.
Pada aksi itu, JDT membariskan
kesebelasan terbaik yang diketuai ketua pasukan, Hariss Harun serta ayam
tambatan dari Brazil, Diogo Luis Santo dan beberapa pemain tempatan seperti
Safawi Rasid, Nazmi Faiz Mansor dan Farizal Marlias.
Walaupun beraksi baik, FC Riga
yang pernah membuat kemunculan di Liga Juara-Juara Eropah (UCL) tampak berada
pada kelas tersendiri apabila menguasai penuh perlawanan berkenaan.
Roman Debelko menjaringkan gol
pada minit ke-35 dan Felipe Brisola melengkapkan kemenangan skuad bimbingan
Mihails Koņevs itu dengan menjaringkan gol kedua pada minit ke-88.
JDT yang bakal beraksi dalam Liga
Juara-Juara Asia (ACL) buat musim kedua berturut-turut, akan meneruskan aksi
pra musim berdepan kelab UAE, Dibra Al Fujairah Khamis ini diikuti skuad
kebangsaan Turkmenistan (26 Januari), kelab Slovakia, MSK Zilina (29 Januari)
dan Emirates FC (30 Januari).
Untuk rekod, dalam kempen ACL
kali ini JDT diundi dalam Kumpulan G dan akan bertemu Vissel Kobe dari Jepun
pada 12 Fabruari ini di Stadium Misaki Park, Kobe.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Selasa, 21 January 2020 @ 8:44 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan