Jumaat, 10 Januari 2020

'Budak nakal' tebus silap


MyMetroNode
 
Oleh Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pemain muda Muhammad Nazmi Faiz Mansor bangkit daripada kontroversi yang hampir memusnahkan kariernya untuk menjadi tonggak kejayaan Selangor melangkah ke final Piala Malaysia berdepan Kedah di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Bukan sekali, malah beberapa kali pemain berusia 21 tahun ini terjebak dengan masalah termasuk digantung perlawanan kerana meludah pemain lawan ketika bersama skuad Bawah 23 (B-23) tahun sewaktu beraksi dalam kempen Sukan SEA Jun lalu selain melakukan kesalahan sama ke atas pemain Kelantan pada aksi Liga Super Ogos lalu.

Malah, Nazmi turut menggemparkan bola sepak tanah air apabila menamatkan kontrak awal dengan kelab Portugal SC Beira Mar pada awal 2013 untuk menyertai PKNS FC sebelum disambar Selangor musim lalu.

Namun kelmarin, pemain itu tidak lagi mencuri tumpuan sebagai ‘budak nakal’ sebaliknya bertindak cemerlang dengan bukan saja menjadi arkitek skuad kendalian Mehmet Durakovic, malah menyumbat gol kedua bagi menumpaskan Pahang 2-0 untuk mara ke final buat kali pertama sejak 2008.

“Alhamdulillah, memang dari awal saya letakkan sasaran untuk jaringkan gol. Gol ini untuk keluarga yang sentiasa mendoakan saya ketika menghadapi saat jatuh dan naik,” katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

SUMBArtikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Disember 2015 @ 7:17 AM


Tiada ulasan:

Catat Ulasan