SUKAN»Bola
Sabtu, 22
Disember 2018 | 5:01pm

Pemain tengah
JDT, Nazmi Faiz Mansor. - Arkib NSTP/Roslin Mat Tahir
JDT mahu terus
dominasi Liga Super
Oleh Syafiq
Aznan
syafiq.aznan@nstp.com.my
KUALA LUMPUR:
Gergasi bola sepak tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) enggan mahkota Liga
Super beralih dari kabinet trofi mereka apabila mensasarkan gelaran liga buat
kali keenam berturut-turut musim hadapan.
Pemain
tengahnya, Nazmi Faiz Mansor menegaskan impian untuk terus mendominasi saingan
liga tempatan tetap menjadi misi utama sekalipun mereka bakal beraksi dalam
Liga Juara-Juara Asia (ACL).
"Kami
sentiasa mencipta sejarah selama ini dan visi ini perlu dikekalkan. Selain
menjadi pasukan pertama dari Malaysia bermain di ACL, impian untuk menjuarai
Liga Super buat kali keenam berturut-turut menjadi keutamaan kami. Saya bangga
menjadi sebahagian dari projek besar ini.
"Alhamdulillah
semua berjalan dengan lancar tetapi masih banyak yang perlu dipertingkatkan
dari segi taktikal kerana skuad ini belum lengkap sepenuhnya.
"Kami
akan menghadapi perlawanan pramusim bulan hadapan sebagai persiapan terakhir
untuk mengharungi musim 2019," katanya menerusi laman Johor Southern
Tigers, hari ini.
Selepas
mencipta sejarah merangkul Piala AFC 2015, skuad Harimau Selatan itu maju
setapak lagi apabila akan bersaing dalam ACL yang dianggap kancah tertinggi
bola sepak Asia.
Diundi dalam
Kumpulan E, JDT akan bertemu kelab dari Korea Selatan, Gyeongnam FC namun dua
lagi slot akan diisi pemenang 'play-off' bagi Zon Timur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan