Khamis, 30 Januari 2020

Taring JDT makin tajam

SUKAN»Bola
Khamis, 30 Januari 2020 | 10:20am
 
AKSI perlawanan JDT dengan MSK Zilina di Stadium Seven, Dubai, semalam. - Foto Facebook JOHOR Southern Tigers
Taring JDT makin tajam
Oleh Rizar Mohd Noor
sukanteam@nstp.com.my

JOHOR BAHRU: Siri jelajah pramusim Johor Darul Ta'zim (JDT) di Emiriah Arab Bersatu (UAE) memberi impak positif buat juara Liga Super enam musim berturut-turut itu apabila mempamerkan aksi konsisten dalam tiga aksi persahabatan.

Terbaharu, skuad bimbingan Benjamin Mora melakar kemenangan kedua selepas menewaskan kelab dari Liga Slovakia, MSK Zilina 2-1 pada aksi persahabatan di Stadium Seven, Dubai, semalam.

Dua gol dijaringkan Gonzalo Cabrera pada minit kesembilan dan ke-19 manakala Vahan Bichakhchyan merapatkan jurang gol namun kedudukan 2-1 memihak skuad Harimau Selatan kekal sehingga tamat perlawanan.

Terdahulu, JDT melakar kejutan apabila menewaskan skuad kebangsaan Turkmenistan 2-1 dan sebelum itu menewaskan kelab Dibba Al-Fujairah 1-0.
ra Liga Super enam musim berturut-turut itu apabila mempamerkan aksi konsisten dalam tiga aksi persahabatan.

Terbaharu, skuad bimbingan Benjamin Mora melakar kemenangan kedua selepas menewaskan kelab dari Liga Slovakia, MSK Zilina 2-1 pada aksi persahabatan di Stadium Seven, Dubai, semalam.

Dua gol dijaringkan Gonzalo Cabrera pada minit kesembilan dan ke-19 manakala Vahan Bichakhchyan merapatkan jurang gol namun kedudukan 2-1 memihak skuad Harimau Selatan kekal sehingga tamat perlawanan.

Terdahulu, JDT melakar kejutan apabila menewaskan skuad kebangsaan Turkmenistan 2-1 dan sebelum itu menewaskan kelab Dibba Al-Fujairah 1-0.


AKSI perlawanan JDT dengan MSK Zilina di Stadium Seven, Dubai, semalam. - Foto Facebook JOHOR Southern Tigers
Kemenangan dalam tiga perlawanan itu bagai memberi gambaran betapa skuad Harimau Selatan tampak bersedia mengharungi kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan Liga Malaysia (Liga M) yang menyingkap tirai bulan depan.

Apa yang menarik, skuad Harimau Selatan tampak serba lengkap di setiap posisi tatkala kehadiran Liridon Krasniqi dan kelibat Natxo Insa yang pulih sepenuhnya daripada kecederaan musim lalu  menguatkan lagi barisan tengah.

Di posisi serangan, Diogo Luis Santo sudah mula membentuk keserasian berbanding musim lalu apabila mempamerkan aksi terbaik sepanjang tiga perlawanan persahabatan dan kelibat Safawi Rasid yang disenarai dalam laman sosial berkaitan bola sepak, tekkers antara `future wonderkid' pasti melonjak semangat pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu.

JDT akan menamatkan siri jelajah pramusim menentang Emirates FC di Stadium Emirates Club, esok sebelum pulang ke Johor Bahru bagi menyambung persiapan untuk saingan ACL berdepan  Vissel Kobe dari Jepun pada 12 Februari ini di Stadium Misaki Park, Kobe.


AKSI perlawanan JDT dengan MSK Zilina di Stadium Seven, Dubai, semalam. - Foto Facebook JOHOR Southern Tigers.[1]



[1] https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2020/01/651106/taring-jdt-makin-tajam

Isnin, 27 Januari 2020

JDT gagal saingi FC Riga


MyMetroArena
 
Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my

AKSI sulung juara enam kali berturut-turut Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam siri jelajah pra musim di Emiriah Arab Bersatu (UAE) berakhir dengan kekalahan kepada juara Liga Latvia, FC Riga.

Skuad Harimau Selatan tewas 0-2 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium The Seven semalam, sekali gus memberi gambaran tentang kelemahan yang perlu diatasi oleh pengendali pasukan, Benjamin Mora selepas ini.

Pada aksi itu, JDT membariskan kesebelasan terbaik yang diketuai ketua pasukan, Hariss Harun serta ayam tambatan dari Brazil, Diogo Luis Santo dan beberapa pemain tempatan seperti Safawi Rasid, Nazmi Faiz Mansor dan Farizal Marlias.

Walaupun beraksi baik, FC Riga yang pernah membuat kemunculan di Liga Juara-Juara Eropah (UCL) tampak berada pada kelas tersendiri apabila menguasai penuh perlawanan berkenaan.

Roman Debelko menjaringkan gol pada minit ke-35 dan Felipe Brisola melengkapkan kemenangan skuad bimbingan Mihails Koņevs itu dengan menjaringkan gol kedua pada minit ke-88.

JDT yang bakal beraksi dalam Liga Juara-Juara Asia (ACL) buat musim kedua berturut-turut, akan meneruskan aksi pra musim berdepan kelab UAE, Dibra Al Fujairah Khamis ini diikuti skuad kebangsaan Turkmenistan (26 Januari), kelab Slovakia, MSK Zilina (29 Januari) dan Emirates FC (30 Januari).

Untuk rekod, dalam kempen ACL kali ini JDT diundi dalam Kumpulan G dan akan bertemu Vissel Kobe dari Jepun pada 12 Fabruari ini di Stadium Misaki Park, Kobe.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 January 2020 @ 8:44 PM

Ahad, 26 Januari 2020

JDT rentap ego tuan rumah

MyMetroArena
 
Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my

SELEPAS kecewa pada aksi pertama siri jelajah pramusim di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Johor Darul Ta'zim (JDT) bangkit dalam aksi kedua dengan menewaskan kelab Dibba Al-Fujairah 1-0 di Stadium Club Dibba, semalam.

Anak buah Benjamin Mora yang tewas 0-2 kepada juara Liga Latvia, FC Riga Isnin lalu, berjaya meraih kemenangan ke atas kelab divisyen satu UAE itu sekaligus memberi keyakinan menjelang tiga lagi aksi selepas ini.

Pada aksi itu, skuad Harimau Selatan tampil dengan kesebelasan terbaik termasuk menurunkan ayam tambatannya, Diogo Santo dan Safawi Rasid.

Diogo yang berasal dari Brazil memperagakan ketajamannya apabila meledak gol pertama seawal minit keempat buat mengejutkan pasukan tuan rumah.


Ketinggalan 1-0 menyaksikan kelab tuan rumah yang kini berada pada zon penyingkiran Liga UAE memperkemaskan aksi memburu gol penyamaan.

Namun kekentalan barisan pertahanan JDT mengekang asakan berterusan tuan rumah membolehkan juara Liga Super enam kali berturut-turut itu menamatkan saingan dengan kemenangan.

Harimau Selatan yang bakal beraksi dalam Liga Juara-Juara Asia (ACL) buat musim kedua berturut-turut, akan meneruskan aksi pra musim berdepan skuad kebangsaan Turkmenistan Ahad ini diikuti kelab Slovakia, MSK Zilina (29 Januari) dan Emirates FC (30 Januari).

Untuk rekod, dalam kempen ACL, skuad Harimau Selatan diundi dalam Kumpulan G dan akan bertemu Vissel Kobe dari Jepun pada 12 Februari ini di Stadium Misaki Park, Kobe.

Kemudian gergasi kelab Liga Malaysia itu akan membuka tirai saingan domestik menentang Kedah bagi merebut Piala Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim, 28 Februari ini.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 January 2020 @ 7:50 PM


Sabtu, 11 Januari 2020

Olimpik Malaysia 0-0 Selangor (Std Nasional Bukit Jalil)


Januari 31, 2012 (Selasa): Olimpik Malaysia 0-0 Selangor (Std Nasional Bukit Jalil)

Senarai 21 Pemain Olimpik Malaysia Bertemu Bahrain
Khairul Fahmi Che Mat, Izham Tarmizi Roslan, Mahali Jasuli, Affizie Faisal Mamat, Muslim Ahmad, Wan Ahmad Amizafran Wan Nadris, Amer Saidin, Zubir Azmi, Nazirul Naim Che Hashim, Wan Zack Haikal Wan Nor, Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul, Ahmad Fakri Saarani, Gary Steven Robbart, Irfan Fazail, K. Gurusamy, Nazmi Faiz Mansur, Mohd Azizan Nordin, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Ahmad Shakir Md Ali, Fandi Othman, Ahmad Hazwan Bakri

Digugurkan: Syahrul Azwari Ibrahim, Mohd Sharil Sa'ari, Syazwan Tajuddin, Izuan Salahuddin


Jumaat, 10 Januari 2020

'Budak nakal' tebus silap


MyMetroNode
 
Oleh Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pemain muda Muhammad Nazmi Faiz Mansor bangkit daripada kontroversi yang hampir memusnahkan kariernya untuk menjadi tonggak kejayaan Selangor melangkah ke final Piala Malaysia berdepan Kedah di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Bukan sekali, malah beberapa kali pemain berusia 21 tahun ini terjebak dengan masalah termasuk digantung perlawanan kerana meludah pemain lawan ketika bersama skuad Bawah 23 (B-23) tahun sewaktu beraksi dalam kempen Sukan SEA Jun lalu selain melakukan kesalahan sama ke atas pemain Kelantan pada aksi Liga Super Ogos lalu.

Malah, Nazmi turut menggemparkan bola sepak tanah air apabila menamatkan kontrak awal dengan kelab Portugal SC Beira Mar pada awal 2013 untuk menyertai PKNS FC sebelum disambar Selangor musim lalu.

Namun kelmarin, pemain itu tidak lagi mencuri tumpuan sebagai ‘budak nakal’ sebaliknya bertindak cemerlang dengan bukan saja menjadi arkitek skuad kendalian Mehmet Durakovic, malah menyumbat gol kedua bagi menumpaskan Pahang 2-0 untuk mara ke final buat kali pertama sejak 2008.

“Alhamdulillah, memang dari awal saya letakkan sasaran untuk jaringkan gol. Gol ini untuk keluarga yang sentiasa mendoakan saya ketika menghadapi saat jatuh dan naik,” katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

SUMBArtikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Disember 2015 @ 7:17 AM


Kena gantung lagi


Simpan Artikel
MyMetroNode
 
Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Tak pernah serik.

Itu ungkapan sesuai buat pemain tengah Johor Darul Ta’zim (Johor DT) Muhamad Nazmi Faiz Mansor (gambar) yang digantung satu perlawanan dan denda RM3,000 oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kerana bertindak kasar ketika aksi suku akhir kedua Piala FA.

Jika melihat kepada tindakan pemain berusia 22 tahun itu yang sengaja menyepak pemain import Pahang Matheus Alves pada aksi di Larkin, mungkin hukuman lebih berat seharusnya diberikan.

Ini kerana, ia bukan kali pertama pemain yang dilabel ‘wonderkid’ satu ketika dulu dan pernah mengikat kontrak bersama kelab Portugal SC Beira-Mar itu terbabit dengan insiden salah laku di padang.

Nazmi pernah digantung enam perlawanan kerana meludah pemain Kelantan ketika mewakili Selangor pada September 2015 dan itu insiden kedua kerana dia pernah melakukan kesalahan sama kerana meludah pemain Timor Leste Filipe Oliveira dalam saingan Sukan SEA Singapura sebelum itu.

Malah pemain muda berbakat ini juga pernah menumbuk pemain Qatar dalam aksi persahabatan antarabangsa bersama skuad B-22 pada 2012 selain kekasaran yang sama ke atas pemain tengah PDRM Andrezinho pada April 2016.

Nazmi mungkin boleh menarik sedikit nafas lega kerana tindakannya tidak mahu bersalaman dengan pemain Pahang selepas perlawanan Piala FA itu hanya diberikan amaran Jawatankuasa Tatatertib FAM.

Bagaimanapun bekas pemain kebangsaan Bakri Ibni mengingatkan pemain muda itu supaya memperbaiki diri sebagai pemain.

“Untuk apa ada bakat jika perangai macam itu, walaupun Nazmi masih muda, dia sepatutnya sudah banyak belajar.

“Tapi kita tidak boleh meletakkan kesalahan kepada dirinya saja, faktor sekeliling juga boleh menyumbang kepada karektor pemain sama ada jurulatih, penyokong malah pengadil juga boleh memberi nasihat kepada pemain muda itu ketika di padang.

“Mungkin salah kita juga yang memuja dan memanjakan pemain secara berlebihan sehingga ada besar kepala. Bola sepak membabitkan semangat kesukanan, kalau kita tiada hormat kepada pemain lain, ia bukan saja memberi imej buruk kepada individu itu, malah Malaysia,’’ katanya kepada Arena Metro.

Selain Nazmi, empat lagi pemain Liga Super turut digantung satu perlawanan dan dikenakan denda RM3,000 atas kesalahan melakukan terjahan keras mengikut peruntukan dalam Artikel 81 badan induk itu.

Mereka ialah rakan sepasukan Nazmi, Afiq Fazail dan pemain Pahang Mohamadou Sumareh yang turut melakukan kesalahan ketika pertemuan kedua-dua pasukan dalam saingan Piala FA itu.

Pemain Kedah Mohd Rizal Ghazali yang sudah digantung automatik akibat menerima kad merah pada aksi bertemu T-Team, 15 April lalu, dikenakan tambahan penggantungan satu perlawanan manakala pemain T-Team, Mohd Fakhrurazi Musa digantung dua perlawanan akibat mengumpul tiga kad kuning.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 April 2017 @ 8:45 AM