MyMetroArena
Devinder Singh
devinder@nstp.com.my
AKSI
persahabatan bertemu Mongolia minggu depan akan memberi signifikan berbeza buat
skuad kebangsaan susulan ranking terburuk Harimau Malaysia dalam sejarah bola
sepak negara.
Berdasarkan
senarai ranking yang dikeluarkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) hari
ini, skuad negara jatuh tiga anak tangga ke-178 selepas gagal meraih sebarang
kemenangan dalam 10 perlawanan sejak November 2016.
Jurulatih
baharu, Tan Cheng Hoe kini berdepan tekanan untuk kembali memperaga kebangkitan
selepas menggantikan Nelo Vingada yang meletakkan jawatan apabila gagal meraih
sebarang kemenangan dalam tujuh perlawanan.
Kedudukan
Mongolia yang berada di ranking ke-189 akan memberi peluang kepada Cheng Hoe
untuk memulakan kendaliannya dengan langkah kanan meskipun sedar kemenangan
tidak akan hadir dengan mudah.
“Kita tiada
pilihan selain menang untuk mengembalikan keyakinan pasukan dan juga penyokong.
“Kami akan
menurunkan barisan terbaik. Kami tidak memandang rendah Mongolia yang sudah
pasti juga mahu meraih kemenangan,” katanya.
Skuad negara
akan bertemu Mongolia di Stadium Bukit Jalil, 22 Mac ini, jam 8.45 malam.
Malaysia yang
menghuni ranking kelapan Asia Tenggara sebelum ini menghuni tangga ke-175
sepanjang dua bulan lalu sebelum dipintas St Lucia, Kosovo dan Belize, dengan
kemenangan terakhir skuad negara diraih ketika menewaskan Kemboja 3-2 pada aksi
Piala AFF 2016.
Bagaimanapun,
Cheng Hoe enggan terlalu memikirkan mengenai ranking skuad negara dan kini
meletakkan fokus terhadap 29 pemain yang akan diturunkan bagi aksi bertemu
Mongolia serta perlawanan Kelayakan Piala Asia 2019 menentang Lubnan.
“Saya
memanggil 29 pemain untuk menilai semuanya pada sesi latihan kerana bukan semua
boleh beraksi menentang Mongolia,” katanya merujuk kepada hanya enam pemain
simpanan dibenarkan bagi aksi persahabatan Kelas A.
“Selepas aksi
bertemu Mongolia, saya akan menggugurkan lima pemain kerana hanya 24 pemain
yang akan dibawa ke Beirut.
Vietnam kekal
selaku negara terbaik Asia Tenggara dengan kedudukan ke-113 diikuti Filipina
(122), Thailand (129), Myanmar (142), Indonesia (162) serta Kemboja dan
Singapura masing-masing di tangga ke-171.
SUMBERArtikel
ini disiarkan pada : Khamis, 15 Mac 2018 @ 7:38 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan