Jumaat, 24 November 2017

HARAPAN PEMAIN MALAYSIA MELAWAN CHELSEA 21 JULAI 2013

Akitek muda negara, Muhammad Nazmi Faiz Mansor mengakui kelebihan fizikal pemain-pemain negara lain terutama dari Eropah bukan faktor menentukan kejayaan mereka. Sebaliknya, Nazmi berkata, pemain yang memiliki tubuh badan yang tegap hanya sebagai satu nilai tambah dalam corak permainan mereka.

       Mengulas mengenai aksi menentang Chelsea, Nazmi berkata, walaupun Harimau Malaya tidak sehebat mereka, para pemain mesti berusaha keras bagi mencipta kejutan yang pasti mengundang rasa bangga dalam diri masing-masing. Nazmi juga berkata dia juga tidak kisah untuk digandingkan dengan sesiapa sahaja di bahagian tengah dan dalam aksi bertemu Chonburi FC minggu lalu Nazmi telah digandingkan dengan pemain Sarawak Junior Edstal. Saya akan memberikan akhis terbaik jika diturunkan nanti, kata pemain tengah PKNS Selangor itu.[1]    


Nazmi Faiz Mansor
Penjaga gol Harimau Malaya, Farizal Marlias menuntut rakan-rakan sepasukan supaya memberikan aksi terbaik pada pertemuan menentang Chelsea di Stadium Shah Alam malam ini. Farizal menagih bantuan barisan pemain Harimau Malaya dalam menjayakan misi peribadinya untuk mengawal gawang negara dari dibolos untuk tempoh 90 minit pada aksi Jelajah asia 2013 itu. Pemain Perak itu antara individu yang memiliki pengalaman menentang Chelsea ketika skuad negara yang dibimbing Ong Kim Swee tewas tipis 0-1 kepada skuad The Blues hasil sepakan percuma kontroversi Didier Drogba di laman sendiri.[2]


PETALING JAYA - Sebaik sahaja selesai membantu Harimau Muda A pada Sukan Universiti Dunia (Universiade) di Kazan, Rusia, Mohd. Fadhli Shas langsung tidak berehat sebaliknya terus menyertai latihan skuad kebangsaan sejak Khamis lalu.Dia masih merasai kepenatan kerana beraksi lima perlawanan dalam tempoh 12 hari dari 6 hingga 17 Julai di Kazan, ditambah pula dengan ibadah puasa.Namun segala kepayahan itu diketepikan oleh Fadhli demi mewakili skuad Harimau Malaya.

       Itulah pengorbanan pemain berusia 22 tahun itu yang enggan merungut malah gembira kerana khidmatnya terus ditagih oleh pengendali Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal untuk aksi persahabatan termasuk menentang Chelsea, esok. Dianggap sebagai tonggak paling berpengalaman dalam pasukan kebangsaan walaupun masih muda, Fadhli sememangnya sering menjadi pilihan utama Rajagobal di bahagian pertahanan pada kebanyakan perlawanan penting dilalui skuad kebangsaan.Walaupun begitu, tugas Fadhli untuk mencabar tempat dalam kesebelasan utama bukan sesuatu yang mudah kerana kehadiran pemain Kelantan, Azizi Matt Rose pasti menyukarkan pemain berusia 22 tahun itu untuk bergandingan dengan Mohd. Aidil Zafuan Abdul Razak di bahagian pertahanan tengah.[3]







[1] Nor Aziran Yunus, Nazmi Berharap Diberi Peluang Beaksi, Kosmo Ahad, 21 Julai, hlm.71.
[2] Farizal Tak Rela Gawang Dibolos, Kosmo Ahad, 21 Julai, hlm.71.
[3] Utusan Malaysia Sabtu 20 Julai, 2013, hlm.35.

Isnin, 13 November 2017

Gol Faiz terbaik Piala AFC 2017



Syafiq Aznan
syafiq.aznan@nstp.com.my
 
JARINGAN pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Nazmi Faiz Mansor dipilih sebagai Jaringan Terbaik Piala AFC 2017 yang diumumkan menerusi laman web Konfederasi Bola Sepak Asia (The-AFC.com) hari ini.

Jaringan pemain tengah kebangsaan itu dilakukan dalam perlawanan menentang pasukan daripada Kemboja, Beoungket Angkor pada aksi peringkat kumpulan F yang berlangsung di Stadium Nasional Olimpik Phnom Penh, Kemboja, 19 April lalu.

Gol itu dihasilkan selepas penjaga gol tuan rumah, Sou Yaty cuba menerpa untuk mengeluarkan hantaran lintang di luar kotak penalti namun percubaannya gagal dan menyaksikan bola tiba di kaki Nazmi sebelum pemain berusia 23 tahun itu melambungkan bola ke dalam gawang kosong untuk gol kedua skuad Harimau Selatan pada aksi itu.

Juara Piala AFC 2015 itu berjaya meraih kemenangan 3-0 pada perlawanan terbabit dengan dua lagi gol disumbangkan penyerang mudanya, Safawi Rasid dan penyerang import, Gabriel Guerra.

Kejayaan itu diraih selepas Nazmi menerima undian yang tertinggi sekaligus menewaskan tiga lagi pencabar lain yang turut menempatkan diri dalam senarai akhir bagi merebut anugerah jaringan terbaik di pentas Piala AFC yang berlangsung pada musim ini.

Tiga lagi calon yang turut menjaringkan gol yang menarik adalah penyerang JSW Bengaluru, Sunil Chhetri yang menghasilkan sepakan percuma daripada jarak 20 meter pada ketika pasukan itu bertemu Maziya Sports and Recreation.

Penyerang Al-Zawraa, Mohannad Abdulraheem pula menempatkan diri dalam senarai akhir selepas dia yang tidak dikawal dalam kotak penalti meledak jaringan menerusi sepakan yang melencong ketika pasukannya bertemu kelab daripada Qatar, Al-Jaish.

Satu lagi jaringan menarik yang berjaya tersenarai sebagai empat jaringan terbaik Piala AFC musim ini dihasilkan pemain tengah Ceres Negros, Iain Ramsey yang melakukan rembatan menggunakan bahagian luar kaki kirinya sekaligus bola ‘melengkung’ memasuki gawang gol pasukan Tampines Rovers.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 November 2017 @ 6:01 PM

Rabu, 26 April 2017

Nazmi digantung 1 perlawanan, denda RM3,000

RABU, 26 APRIL 2017 @ 5:42 PM
Oleh Syafiq Aznan syafiq.aznan@bh.com.my
 
PEMAIN tengah Johor Darul Ta'zim (JDT), Nazmi Faiz Mansor. - Foto ihsan Johor Southern Tigers KUALA LUMPUR: Terjahan keras yang dilakukan pemain tengah Johor Darul Ta'zim (JDT), Nazmi Faiz Mansor pada aksi suku akhir kedua Piala FA bertemu Pahang mengundang padah apabila dia digantung satu perlawanan dan didenda RM3,000 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

    Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Baljit Singh Sidhu, berkata hukuman itu dikenakan ke atas 'budak nakal' itu selepas mereka melakukan penilaian dan meneliti rakaman video insiden terbabit secara terperinci.

"Kami mendapati dia turut melakukan kekasaran dan terjahan pada pemain lawan sewaktu perlawanan suku akhir kedua Piala FA dan memutuskan untuk mengenakan penggantungan satu perlawanan dan denda RM3,000.

"Menerusi penggantungan ini, Nazmi tidak dibenarkan beraksi bagi perlawanan antara JDT bertemu Melaka yang akan berlangsung pada 6 Mei ini," katanya menerusi satu kenyataan di akaun rasmi FAM, hari ini. Menerusi satu kenyataan FAM yang dikeluarkan semalam, bekas pemain tengah Selangor itu turut diberi amaran keras disebabkan tingkah laku tidak profesional apabila enggan bersalaman dengan pemain Pahang sebaik tamat perlawanan suku akhir kedua Piala FA membabitkan dua pasukan itu, Ahad lalu


SUMBERSelanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/276120

Nazmi Faiz didenda RM3,000, gantung satu perlawanan

26 APRIL 2017
 Nazmi Faiz
Nazmi Faiz Nazmi Faiz
PEMAIN Johor Darul Ta'zim (JDT), Muhammad Nazmi Faiz Mansor digantung satu perlawanan dan didenda RM3,000 berikutan kekasaran  dan terjahan terhadap pemain Pahang sewaktu aksi suku akhir kedua Piala FA musim ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Baljit Singh Sidhu dalam kenyataan hari ini berkata hukuman itu dijatuhkan selepas pihaknya melakukan penilaian dan meneliti rakaman video perlawanan antara JDT dan Pahang yang berlangsung Ahad lepas.

"Penggantungan itu akan dilaksanakan pada 6 Mei untuk aksi Liga Super antara JDT dan Melaka United di Stadium Hang Jebat," katanya.


Pada perlawanan suku akhir kedua Piala FA itu, Pahang layak ke pusingan separuh akhir selepas mencatat kemenangan dengan agregat 4-3 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin. – Bernama SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 26.4.2017.


Selasa, 7 Mac 2017

Jadual padat bukan alasan tidak beri aksi terbaik

WARTAWAN SINAR HARIAN
7 MAC 2017
 Jadual padat bukan alasan tidak beri aksi terbaik
Jadual padat bukan alasan tidak beri aksi terbaik Pemain Harimau Selatan menjalani latihan menjelang aksi menentang Magwe hari ini. - Foto: JOHOR Southern Tigers.
PEMAIN tengah Johor Darul Ta'zim (JDT), Nazmi Faiz Mansor tidak mahu menjadikan jadual padat sebagai alasan untuknya tidak bersedia bagi menghadapi saingan Piala AFC menentang Magwe FC hari ini.

Katanya, matlamat paling utama adalah untuk memberikan aksi yang terbaik di atas padang.

"Saya akan memberikan 100 peratus fokus dan komitmen saya sekiranya diberi peluang beraksi menentang Magwe FC.


"Di atas padang, saya akan tumpukan perhatian untuk mengawal bola dengan tenang dan berusaha membantu pasukan memperolehi kemenangan," katanya dipetik melalui laman Facebook, Johor Southern Tigers.

Dalam aksi pertama 21 Februari lalu, JDT  memungut tiga mata apabila mudah menumpaskan kelab dari Kemboja, Beoungket Angkor 3-0.


Sumber-SINAR HARIAN ONLINE 5 MAC 2017