MyMetroNode
Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my
Kuala Lumpur:
Pemain tengah Johor Darul Ta'zim (Johor DT) Muhamad Nazmi Faiz Mansor menjadi
pemain terbaru digantung perlawanan gara-gara tindakan kasar melakukan terjahan
ke atas pemain lawan pada aksi suku akhir kedua Piala FA menentang Pahang di
Larkin Ahad lalu.
Selepas
melakukan penilaian dan meneliti rakaman video secara terperinci, Jawatankuasa
Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mendapati Nazmi bersalah di atas
kesalahan itu dan digantung satu perlawanan serta denda RM3,000.
Menurut pengerusi
jawatankuasa itu, Datuk Baljit Singh Sidhu, hukuman penggantungan akan
dilaksanakan pada perlawanan 74 Liga Super 2017 antara Melaka melawan Johor DT
6 Mei depan.
Sebelum ini
Nazmi hanya diberikan amaran disebabkan tingkah laku tidak profesional apabila
enggan bersalaman dengan pemain Pahang sebaik tamat perlawanan suku akhir kedua
berkenaan.
Hukuman
terbaru FAM itu menyusul sehari selepas empat pemain Liga Super digantung satu
perlawanan dan dikenakan denda RM3,000 atas kesalahan melakukan terjahan keras
mengikut peruntukan dalam Artikel 81 badan induk itu.
Baljit
berkata, pemain tengah Johor DT Afiq Fazail yang melakukan kesalahan ketika
aksi suku akhir kedua Piala FA bertemu Pahang, Ahad lalu bakal terlepas aksi
Liga Super bertemu Melaka, 6 Mei ini.
"Nasib
sama turut menimpa pemain Pahang, Mohamadou Sumareh dengan dia bakal terlepas
aksi separuh akhir pertama Piala FA bertemu Negeri Sembilan 30 April ini,"
katanya.
Tambah Baljit
pertahanan Kedah, Mohd Rizal Ghazali yang sudah digantung automatik akibat
menerima kad merah pada aksi bertemu T-Team, 15 April lalu dikenakan tambahan
penggantungan satu perlawanan lagi.
"Dia akan
menjalani penggantungan automatik lawan Perak malam esok dan dia juga tidak
boleh beraksi ketika Kedah menentang PKNS FC pada 9 Mei," katanya.
Jelasnya,
Jawatankuasa Tatatertib FAM turut memutuskan pemain T-Team, Mohd Fakhrurazi
Musa digantung dua perlawanan bermula menentang Selangor malam ini dan Perak (6
Mei) akibat mengumpul tiga kad kuning.
SUMBERArtikel
ini disiarkan pada : Rabu, 26 April 2017 @ 1:47 PM