Rabu, 21 Oktober 2020

Gunalan puas hati strategi menjadi

MyMetroNode



Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pengendali Selangor K Gunalan berpuas hati dengan persembahan anak buahnya dan menyifatkan segala perancangan membuahkan hasil terutama dalam mengikat trio import PKNS FC.

Dalam aksi suku akhir kedua di Stadium Shah Alam itu, Selangor selaku penyandang juara Piala Malaysia mara ke separuh akhir dengan agregat 5-3 selepas menang 1-0 malam kelmarin.

Jelas Gunalan, beliau memuji jentera pasukan yang bersungguh-sungguh dan fokus 100 peratus untuk meletakkan Red Giants pada landasan tepat bagi mempertahankan mahkota kejuaraan musim ini.

Biarpun kami sudah mendahului 4-3 pada aksi suku akhir pertama, pemain tetap mempamerkan persembahan baik dan kesungguhan tinggi yang menunjukkan mereka sedar inilah satu-satunya peluang menjulang piala selepas gagal dalam Liga Super dan Piala FA.

Babak pertama, kami dapat tiga atau empat peluang terbaik untuk menjaringkan gol tapi malangnya semua tendangan itu ke arah penjaga gol.

Namun, jaringan Nazmi Faiz Mansor pada awal babak kedua memberikan semangat kerana agregat ketika itu sudah menjadi 5-3,” katanya pada sidang media selepas aksi itu.

Beraksi di depan kira-kira 10,000 penyokong setia Merah Kuning, tuan rumah merobek gawang pelawat menerusi jaringan Nazmi Faiz yang bijak menyudahkan hantaran ketua pasukan Andik Vermansyah pada minit ke-55.

Jaringan itu nyata menyentap semangat anak buah E Elavarasan yang terpaksa mencari tiga gol untuk memadam kelebihan Selangor itu. Namun, segala usaha pelawat untuk bersaing agak sukar susulan kawalan mantap diperagakan barisan pertahanan Selangor ke atas penyerang pelawat.

Saya rasa Patrick Ronaldinho, biarpun dia tidak menjaringkan gol tetap memberi sumbangan di barisan depan selain Andik dan R Gopinathan yang menghidupkan kedua-dua bahagian sayap pasukan.

Gandingan pemain pertahanan juga semakin baik dan meningkat. Harap semua itu dapat dikekalkan pada baki dua perlawanan liga dan juga separuh akhir nanti,” katanya yang akan bertemu T-Team dalam aksi empat pasukan terbaik nanti.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 September 2016 @ 8:45 AM

Gol Faiz terbaik Piala AFC 2017

MyMetroArena



Syafiq Aznan

syafiq.aznan@nstp.com.my

JARINGAN pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Nazmi Faiz Mansor dipilih sebagai Jaringan Terbaik Piala AFC 2017 yang diumumkan menerusi laman web Konfederasi Bola Sepak Asia (The-AFC.com) hari ini.

Jaringan pemain tengah kebangsaan itu dilakukan dalam perlawanan menentang pasukan daripada Kemboja, Beoungket Angkor pada aksi peringkat kumpulan F yang berlangsung di Stadium Nasional Olimpik Phnom Penh, Kemboja, 19 April lalu.

Gol itu dihasilkan selepas penjaga gol tuan rumah, Sou Yaty cuba menerpa untuk mengeluarkan hantaran lintang di luar kotak penalti namun percubaannya gagal dan menyaksikan bola tiba di kaki Nazmi sebelum pemain berusia 23 tahun itu melambungkan bola ke dalam gawang kosong untuk gol kedua skuad Harimau Selatan pada aksi itu.

Juara Piala AFC 2015 itu berjaya meraih kemenangan 3-0 pada perlawanan terbabit dengan dua lagi gol disumbangkan penyerang mudanya, Safawi Rasid dan penyerang import, Gabriel Guerra.

Kejayaan itu diraih selepas Nazmi menerima undian yang tertinggi sekaligus menewaskan tiga lagi pencabar lain yang turut menempatkan diri dalam senarai akhir bagi merebut anugerah jaringan terbaik di pentas Piala AFC yang berlangsung pada musim ini.

Tiga lagi calon yang turut menjaringkan gol yang menarik adalah penyerang JSW Bengaluru, Sunil Chhetri yang menghasilkan sepakan percuma daripada jarak 20 meter pada ketika pasukan itu bertemu Maziya Sports and Recreation.

Penyerang Al-Zawraa, Mohannad Abdulraheem pula menempatkan diri dalam senarai akhir selepas dia yang tidak dikawal dalam kotak penalti meledak jaringan menerusi sepakan yang melencong ketika pasukannya bertemu kelab daripada Qatar, Al-Jaish.

Satu lagi jaringan menarik yang berjaya tersenarai sebagai empat jaringan terbaik Piala AFC musim ini dihasilkan pemain tengah Ceres Negros, Iain Ramsey yang melakukan rembatan menggunakan bahagian luar kaki kirinya sekaligus bola ‘melengkung’ memasuki gawang gol pasukan Tampines Rovers.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 November 2017 @ 6:01 PM

Sabtu, 3 Oktober 2020

Nazmi belum puas

MyMetroArena



Rizar Mohd Noor

rizar@mediaprima.com.my

PENJARING gol kemenangan Johor Darul Ta'zim (JDT), Nazmi Faiz Mansor enggan diangkat sebagai wira apabila jaringannya pada minit ke-70 memastikan kemenangan 2-1 menewaskan UiTM FC pada aksi Liga Super, di Stadium Sultan Ibrahim, semalam.

Malah dia menganggap kemenangan yang diraih hasil kerjasama berpasukan dan tidak mungkin dia dapat melakukan bersendirian tanpa sokongan rakan sepasukan sepanjang 90 minit perlawanan.

Di awal 15 minit babak pertama beraksi dengan baik. Tapi selepas kami menjaringkan gol untuk mendahului UiTM FC 1-0, rentak permainan kami mula perlahan dan kerap hilang bola. Situasi itu menjejaskan rentak permainan sebenar JDT.

Apa yang boleh saya katakan, kami akan perbaiki lagi kelemahan sepanjang perlawanan itu biarpun meraih tiga mata namun kami tidak boleh cepat berpuas hati kerana banyak lagi harus diperbaiki untuk memantapkan corak permainan,” katanya.

Dalam perlawanan itu, Nazmi Faiz beraksi di posisi sayap kanan bagi menggantikan Safawi Rasid yang direhatkan dan persembahan pemain itu tampak tidak kekok tatkala kerap melakukan gerakan berbahaya yang mengundang cemas di benteng skuad The Lion Troops.

Dia dilihat begitu teruja selepas tersenarai dalam kesebelasan utama dan ia penampilan kedua buat dirinya beraksi dalam perlawanan kompetitif selepas diturunkan kerika menentang Suwon Bluewings pada aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL), baru-baru ini.

"Tidak kisah posisi mana yang diarahkan oleh jurulatih (Benjamin Mora), yang penting berada dalam skuad utama dan komited 100 peratus dalam perlawanan itu.

Saya bersyukur kerana dapat membantu JDT meraih kemenangan namun saya tidak boleh cepat berpuas hati dan perlu memperbaiki kelemahan diri untuk aksi seterusnya,” katanya.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Mac 2020 @ 6:03 PM

Isnin, 9 Mac 2020

Nazmi buat Safawi dilupakan


SUKAN»Bola
Ahad, 8 March 2020 | 8:34pm

PEMAIN Johor Darul Ta'zim (JDT), Nazmi Faiz Mansor. - Foto Hairul Anuar Rahim
Nazmi buat Safawi dilupakan
Oleh Rizar Mohd Noor
rizar@mediaprima.com.my
JOHOR BAHRU: Penjaring gol kemenangan Johor Darul Ta'zim (JDT), Nazmi Faiz Mansor enggan diangkat sebagai wira pasukan itu apabila jaringannya memastikan  kemenangan 2-1 menewaskan UiTM FC pada aksi Liga Super, di Stadium Sultan Ismail, Iskandar Puteri, semalam.
                              
Malah dia menganggap kemenangan yang diraih hasil kerjasama berpasukan dan tidak mungkin dia dapat melakukan bersendirian tanpa sokongan rakan sepasukan sepanjang 90 minit perlawanan.


Namun dia mengakui persembahan kurang konsisten menjejas rentak permainan.

"Di awal 15 minit babak pertama beraksi dengan baik.  Tapi selepas kita menjaringkan gol untuk mendahului UiTM FC 1-0, rentak permainan kami mula perlahan dan kerap hilang bola. Situasi itu menjejaskan rentak permainan sebenar JDT.

'Apa  yang boleh saya katakan, kita akan perbaiki lagi kelemahan sepanjang perlawanan itu biarpun meraih tiga mata namun kita tidak boleh cepat berpuas hati kerana banyak lagi harus diperbaiki untuk memantapkan corak permainan, " katanya.

Dalam perlawanan itu, Nazmi Faiz beraksi di posisi sayap kanan bagi menggantikan Safawi Rasid yang direhatkan dan persembahan pemain itu tampak tidak kekok tatkala kerap melakukan gerakan berbahaya yang mengundang cemas di benteng skuad The Lion Troops.

Apapun dia tampak tidak kekok untuk beraksi di posisi itu malah begitu teruja selepas tersenarai dalam kesebelasan utama dan ia penampilan kedua buat dirinya beraksi dalam perlawanan kompetitif selepas diturunkan kerika menentang Suwon Bluewings pada aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL), baru-baru ini

"Tidak kisah posisi mana yang diarahkan oleh jurulatih (Benjamin Mora), yang penting berada dalam skuad utama dan komited 100 peratus dalam perlawanan itu.

"Saya bersyukur kerana dapat membantu JDT meraih kemenangan namun saya tidak boleh cepat berpuas hati dan perlu memperbaiki kelemahan pada diri saya untuk aksi seterusnya," kata Nazmi.[1]


[1] https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2020/03/663273/nazmi-buat-safawi-dilupakan

Rabu, 4 Mac 2020

Pemain muda JDT 'menakjubkan' - Mora [VIDEO]

MyMetroArena
Rizar Mohd
Noorsukan@hmetro.com.my
KEUPAYAAN barisan pemain muda Johor Darul Ta'zim (JDT) mengikat Gyeongnam FC 1-1 dalam aksi Kumpulan E Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru malam tadi mendapat pujian jurulatih Benjamin Mora.

Mora menegaskan kelibat Afiq Fazail dan Nazmi Faiz Mansor yang di posisi tengah manakala Safawi Rasid selaku sayap kanan dan Adam Nor Azlin mengemudi benteng pertahanan mempamer aksi menakjubkan.

Katanya, walaupun menentang kelab ternama dari Republik Korea namun pemain muda JDT nyata tidak gugup sebaliknya begitu matang beraksi dengan corak permainan pantas dan sentiasa menutup ruang buat pemain skuad kendalian Kim Jong-po bergerak.

"Safawi sering mengundang cemas kepada benteng lawan dan saya tidak nafikan dia pemain muda yang dahagakan kejayaan. Apapun dia akan belajar dan terus belajar untuk lebih mantap kerana bagi saya dia adalah pemain muda terbaik di negara ini.

"Jika dia tidak melakukan percubaan untuk mencari gol, dia tidak akan belajar dan saya suka pemain seperti itu yang begitu bersemangat dan kami perlu beri sokongan kepadanya untuk meneruskan usaha menjadi pemain yang lebih baik.

"Malah saya gembira denga corak permainan Afiq (Fazail), Nazmi (Faiz Mansor) dan Adam (Nor Azlin) yang mengetepikan faktor usia muda dan bersaing dengan pemain lawan yang memiliki pengalaman bukan sahaja dalam saingan liga tempatan mereka malah pentas antarabangsa," katanya.

Mengulas pertukaran Farizal Marlias yang mengalami kecederaan ketika sesi memanas badan, Mora mengakui tidak panik dengan insiden menimpa penjaga gol Harimau Selatan sebaliknya yakin dengan pengganti Farizal iaitu Izham Tarmizi Roslan yang beraksi cemerlang pada aksi itu.

Beliau berkata, persiapan yang dilakukan untuk mengemudi gawang gol bukan tertumpu kepada Farizal sahaja malah ia membabitkan Izham yang beri persembahan terbaik walaupun tersenarai pada saat akhir.

"Saya berbincang dengan Lucho (Luciano Figueroa) dan kami mengambil keputusan untuk meletak Izham selaku penjaga gol utama pada perlawanan itu.

Ternyata dia memberi komitmen tinggi dan berjaya menidakkan beberapa percubaan berbahaya."Mungkin rezeki tidak memihak kami untuk menang dalam perlawanan itu selepas beberapa percubaan terkena tiang dan palang gol.

Namun saya berterima kasih kepada pemain yang tampil dengan corak permainan luar biasa dan satu mata cukup bernilai bagi kami," katanya.
 
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Mac 2019 @ 3:49 PM[1]


[1] https://www.hmetro.com.my/arena/2019/03/433212/pemain-muda-jdt-menakjubkan-mora-video